Tuesday, November 10, 2009

ALQAMAR VOLUM 2 DAH DATANG!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, Alqamar Volum 2(Gelaran Pendekar) sudah bersedia semperna cuti sekolah ini. Yap! 30 November akan berada di pasaran dan di kedai-kedai Buku.

Yang seronoknya bagi Sabah dan Sarawak harga komik Alqamar berjaya dikurangkan sebanyak sepuluh sen! Dari RM4.00 kepada RM3.90 Ok la tu kan?

Harga Bagi Semenanjung Malaysia RM3.30, Brunei dan Singapura $2.20 Masih kekal.

Tempahan melalui Pos dan Maybank2u akan dibuka.


Alqamar Volum 2
Tajuk: Gelaran Pendekar
Lukisan Dan Jalan Cerita: Pakcu
Pereka Cover: Daywalker
Mukasurat: 64 mukasurat hitam putih
Sipnosis:
Demi membersihkan kembali nama baik keluarga Alqamar, Alqamar harus mengalahkan seorang yang bernama Tok Qaroon dan mendapatkan gelaran pendekar dalam negara Jalangkah. Alqamar turut ditemani Ah Kwan dan Rovi dalam pengembaraannya itu.
Sebelum itu, Alqamar telah bermimpi, dimana Alqamar diarahkan mencapai sebilah keris yang bernama Gerendeng Ghaib yang mampu menguasai seluruh Jalangkah. Musuh-musuh Alqamar mula muncul apabila menyedari Alqamar memiliki keris Gerendeng Ghaib dan mereka cuba merampasnya. Sempatkah Alqamar mencapai gelaran pendekar dan mengguna keris Gerendeng Ghaib itu? Sila ikuti Alqamar Volum 2.



Kali ini Pakcu sajikan lebih aksi, komedi, dan mengabungkan elemen tradisional dengan elemen moden melalui pemakaian, percakapan dan sistem pembangunan.

Komik ini sesuai dibaca oleh semua golongan dan tak kira bangsa.

Pakcu berharap agar para pembaca terhibur membacanya.
Sila menikmati. :)



Peta Negara Jalangkah dan 9 Wilayah
(komik Alqamar)



/////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////


Impian Sunsilk N Alqamar(short video)
Thanks to Impian 2 Producer.

Monday, November 9, 2009

Pakcu Sarankan Menyertai Ujibakat Raja Lawak.

Assalamualaikum,
Huh dah lama Pakcu tak update ini blog kahkah! Puas hati ku...
4 bulan sebelum ni ada sikit sibuk.
Ok la kali ni Pakcu post kasi panjang sikit.

Dunia Pakcu kali ni mengenai ujibakat raja lawak.
7 November 2009, Sabtu baru ni Pakcu ada jalan sorang2 kat Plaza Alam Central Shah Alam.
Pakcu dengar suasana yang riuh, Pakcu pergi la tengok apa yang riuh-riuh tu, mana tahu ada demonstrasi ke?
Sekali tengok Pakcu dah tahu ada ujibakat rupanya, Ujibakat raja lawak.
Apa lagi Pakcu singgah la kejap tengok sambil minum air kotak Milo dan mematahkan jejari KitKat.

Dekat situ Pakcu respek la kat semua peserta samada yang berjaya atau tidak, anda semua memang berani naik ke pentas berhadapan orang ramai dengan kemera2. Gua respek lu!
Pakcu yakin peserta2 yang naik ke pentas ni pasti berjaya dalam apa saja bidang di masa hadapan, Insyaallah.
Sebab korang(peserta2) berani mencabar diri-sendiri untuk mencapai sesuatu keinginan.

Hah! dekat sini Pakcu sarankan orang2 yang pemalu cabar diri anda untuk menguji bakat raja lawak atau sebarang ujibakat. Alaa anda hanya perlu naik ke pentas dan buat persembahan itu pun dah cukup, melalui itu Pakcu yakin anda akan mendapat satu power yang mampu mengatasi perasaan malu anda itu.


Apa korang cabar Pakcu sertai raja lawak?! Hahaha Pakcu pantang dicabar! Pakcu boleh buat la!
Tapi Pakcu memang tak sesuai menyertai raja lawak sebab pakcu ni nakal orangnya hehehe, tambahan pula banyak perkara mustahak yang perlu Pakcu lakukan...
Lagipun Pakcu sudah lama meninggalkan dunia sekolah, jarang tonton tv, sudah tak tinggal dengan kawan2, so situ Pakcu dah kurang idea untuk berjenaka...
Pakcu ada juga baca syarat2 penyertaan raja lawak ni, kalau berjaya masuk final kena apply cuti 3 bulan. Pakcu x boleh la apply cuti 3 bulan, lama tu.



Bagaimanapun Pakcu boleh kongsi tips untuk first ujibakat raja lawak...klau korang nak follow la.
Tip2 ni pun Pakcu dapat ilham semasa tengok ujibakat raja lawak kat Plaza Alam Sentral hari sabtu baru ni.

-First starting korang kena beri tajuk apa yang korang ingin sampaikan pada juri dan penonton agar mudah faham.
-Second dapatkan punch line pertama untuk orang fokus pada anda.
-Third persembahan mesti teratur, slamber, dan pandai berlakon la...
-Buat persembahan yg ringkas, kreatif dan padat sebab masa yg diberi juri hanya 2 minit atau kurang.
-Pandai guna Mimik muka, gerakan badan, suara, tolenrasi kepada kemera dan penonton, sebutan jelas, penguasaan pentas kalau boleh turun dari pentas dan beraksi luar pentas sekejap.
-Last pastikan lawak korang belum ada orang lain gunakan. Ciptaan sendiri ya! Jangan ambil bulat2 dari komik, tv, filem, atau Internet, kalu nak amik kerna la adjust dulu jangan kasi nampak sama. Itu baru Power!
-SATU LAGI! Semua orang ada perasaan gugup. Pakcu pun ada perasaan gugup. So anggap la itu sebagai perkara semulajadi dan atasinya dengan ketenangan...Insyaallah anda akan
berjaya.


EM! Jom join peraduan ni!

Lengkapkan slogan kata ini:
Saya gemar menonton rancangan Raja lawak kerana...(tidak lebih 15 patah perkataan, satu perkataan pun boleh)
Contoh jawapan 1:
Pakcu gemar menonton rancangan Raja lawak kerana ia berjaya kurangkan tekanan darah Pakcu...orang yang darah tinggi sesuai tonton ni.

//////////////////////////////////////////////////////////////////
Raja lawak ke empat ni Pakcu tak sabar la nak tonton sebab ada juri2 yang memang Pakcu minat, Adflin Shauki, Bob Lokman dengan Din Beramboi. Harap para juri jangan sampai tersilap kata2 yap, Jagalah sikit hati peserta.

Okey itu jer la,
Pakcu nak buat coding balik dah ni. Tatatititutu. :)