Tuesday, November 10, 2009

ALQAMAR VOLUM 2 DAH DATANG!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, Alqamar Volum 2(Gelaran Pendekar) sudah bersedia semperna cuti sekolah ini. Yap! 30 November akan berada di pasaran dan di kedai-kedai Buku.

Yang seronoknya bagi Sabah dan Sarawak harga komik Alqamar berjaya dikurangkan sebanyak sepuluh sen! Dari RM4.00 kepada RM3.90 Ok la tu kan?

Harga Bagi Semenanjung Malaysia RM3.30, Brunei dan Singapura $2.20 Masih kekal.

Tempahan melalui Pos dan Maybank2u akan dibuka.


Alqamar Volum 2
Tajuk: Gelaran Pendekar
Lukisan Dan Jalan Cerita: Pakcu
Pereka Cover: Daywalker
Mukasurat: 64 mukasurat hitam putih
Sipnosis:
Demi membersihkan kembali nama baik keluarga Alqamar, Alqamar harus mengalahkan seorang yang bernama Tok Qaroon dan mendapatkan gelaran pendekar dalam negara Jalangkah. Alqamar turut ditemani Ah Kwan dan Rovi dalam pengembaraannya itu.
Sebelum itu, Alqamar telah bermimpi, dimana Alqamar diarahkan mencapai sebilah keris yang bernama Gerendeng Ghaib yang mampu menguasai seluruh Jalangkah. Musuh-musuh Alqamar mula muncul apabila menyedari Alqamar memiliki keris Gerendeng Ghaib dan mereka cuba merampasnya. Sempatkah Alqamar mencapai gelaran pendekar dan mengguna keris Gerendeng Ghaib itu? Sila ikuti Alqamar Volum 2.



Kali ini Pakcu sajikan lebih aksi, komedi, dan mengabungkan elemen tradisional dengan elemen moden melalui pemakaian, percakapan dan sistem pembangunan.

Komik ini sesuai dibaca oleh semua golongan dan tak kira bangsa.

Pakcu berharap agar para pembaca terhibur membacanya.
Sila menikmati. :)



Peta Negara Jalangkah dan 9 Wilayah
(komik Alqamar)



/////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////


Impian Sunsilk N Alqamar(short video)
Thanks to Impian 2 Producer.

4 comments:

  1. Fuh! Khairil ko dah ade komik!? Biar betul?
    Kah2! x sangka ko minat komik!
    So bila nak kluar album lak?
    Rindu la skill gitar ko yg kencang tu.

    Keep on rockin' out there! Cheers!:)

    ReplyDelete
  2. Jangan sangka orang yg ganas tak layan komik ya...haha.:)
    kuan,lu jadi drummer la...sambung blajar maa.
    Haiyaa...lu manyak bagus punya olang, serius.

    ReplyDelete
  3. Bising la benda tu, klao bawa balik jiran marah punya.
    Upload la skill gitar ko yg terbaru. dah lama x tgk.

    ReplyDelete